Monday, February 28, 2011

Sri Kandi

Sri kandi,
Engkau mengharumi taman hatiku,
Engkau mewarnai langit fikiranku,
Engkau mengindahi benak mataku...

Sri kandi,
Janganlah ditenung dari luaran,
Tetapi selamilah lubuk hatinya,
Adakah putih sebagai sekepul kapas,
Atau hitam sebagai segenggam arang...

Sri kandi,
Zahirmu tidak menceritakan segalanya,
Memang dari zahirnya engkau terlalu indah,
Hingga membuatkan kumbang-kumbang datang
melekat di kelopak hatimu...

Sri kandi,
Engkau selamilah laut kasih kumbang yang sejati,
Kerana di situlah kan kau temui pasir cinta,
Yang akan mengundang engkau ke mahligai impian,
Dan pesanku jadilah Sri kandi yang tinggi martabatnya,
Agar sukar dikejar oleh kumbang perosak...

No comments:

Post a Comment